Hasanah sedang bertadarus, terlupa tarikh sebutan

Hasanah Abdul Hamid
Hasanah Abdul Hamid
A
A
A

KUALA LUMPUR - Firma Guaman dari Azam Aziz Shaharudinali & Co menjelaskan, anak guam mereka, Bekas Ketua Pengarah Organisasi Perisikan Luar Malaysia (MEIO), Datuk Hasanah Abdul Hamid sedang bertadarus di rumah ketika mahkamah mengeluarkan waran tangkap susulan gagal hadir pada prosiding sebutan kesnya hari ini.

Melalui satu kenyataan, firma guaman itu menjelaskan, peguam dari firma mereka, Nur Aifa Zain hadir pada prosiding itu dan memaklumkan kepada mahkamah mereka tidak mengingatkan Hasanah berhubung tarikh tersebut.

"Terdapat kesilapan di pihak peguam kerana tidak mengingatkan anak guam untuk hadir ke mahkamah pagi ini," kata kenyataan itu.

Jelasnya, proses sebutan bukan proses bicara sebaliknya hanya panggilan pengurusan kes di hadapan hakim untuk menetapkan tarikh bicara.

"Datuk Hasanah berada di rumah dan beliau sendiri terlupa tarikh sebutan kes beliau hari ini," katanya.

Firma itu turut membidas laporan sebuah portal berita yang menyifatkan ia hanya untuk tujuan sensasi.

"Ia hanya mensasikan kes berprofil tinggi dengan tujuan memberi gambaran seolah-olah anak guam kami mahu melarikan diri dari pendakwaan sedangkan sebenarnya ini hanyalah silap faham dan anak guam terlepas pandang tarikh sebutan kes di mahkamah" tegasnya.

Artikel Berkaitan: