Kutipan zakat harta di Melaka meningkat

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

MELAKA - Kutipan zakat harta di Melaka mencatatkan peningkatan kepada lebih RM36.31 juta bagi tempoh Januari hingga semalam berbanding RM34.04 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Zakat Melaka (ZM) dalam kenyataan hari ini memberitahu, dalam tempoh yang sama tahun ini, bilangan pembayar zakat juga menokok sebanyak 2.12 peratus kepada 38,043 orang daripada hanya 37,252 orang dalam tempoh sama pada tahun lepas.

Zakat pendapatan mencatat kutipan tertinggi iaitu lebih RM27.65 juta dengan 32,371 pembayar zakat manakala kutipan terendah melibatkan zakat pertanian iaitu RM8,700 dengan lapan pembayar zakat.

Selain itu, zakat wang simpanan sebanyak RM7.77 juta telah dibayar oleh 4,146 pembayar, zakat perniagaan sebanyak RM6.97 juta telah dilunaskan oleh 736 peniaga, zakat saham berjumlah RM530,201.24 dibuat melalui 209 pembayar.

Bagi zakat emas dan perak pula, RM354,302.30 direkodkan dengan 516 pembayar, manakala, zakat ternakan berjumlah RM22,492 dengan 57 pembayar.

Agensi korporat berkenaan ialah Lembaga Tabung Haji dengan bayaran zakat RM2.69 juta; PLUS Malaysia Berhad (RM776,370); Syarikat Air Melaka Berhad (RM601,772); Selia Selenggara Selatan Sendirian Berhad (RM285,803) dan Bank Islam Malaysia Berhad (RM110,961.72).

Turut membayar ialah Maybank Islamic Berhad (RM100,100.67); Perbadanan Melaka Holdings Berhad (RM92,038.33); Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (RM56,432.61); Celcom Axiata Berhad (RM51,595); dan Syarikat Takaful Malaysia Berhad (RM35,714.29). – Bernama

Artikel Berkaitan: