Dua pemandu mabuk ditahan

Pemandu wanita ini ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk dalam Ops Mabuk di Lebuhraya Darul Aman awal pagi tadi.
Pemandu wanita ini ditahan kerana memandu dalam keadaan mabuk dalam Ops Mabuk di Lebuhraya Darul Aman awal pagi tadi.
A
A
A

ALOR SETAR - Dua pemandu kereta ditahan kerana didapati memandu dalam keadaan mabuk dalam operasi di Lebuhraya Darul Aman, di sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Mohd. Rozi Jidin berkata, mereka ditahan sepasukan anggota Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Kota Setar dalam Ops Mabuk bermula jam 11 malam hingga 4 pagi.

Katanya, seorang wanita berusia 36 tahun ditahan pasukan BSPTD Kota Setar dibantu Sukarelawan Simpanan Polis Diraja Malaysia (SSPDRM) Kota Setar selepas didapati memandu dalam keadaan mencurigakan dan di bawah pengaruh alkohol.

"Turut ditahan, seorang lelaki berusia 26 tahun yang juga memandu dalam keadaan mencurigakan dan di bawah pengaruh alkohol dalam operasi itu.

"Melalui ujian pernafasan dijalankan dengan menggunakan alat dibekalkan, dua pemandu itu didapati positif dengan alkohol telah melebihi had yang telah di tetapkan," katanya.

Beliau berkata, sehubungan itu, dua pemandu mabuk terbabit telah ditahan di bawah Seksyen 45 A(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987 dan dibawa pulang ke BSPTD Kota Setaruntuk dikenakan tindakan selanjutnya.

Mohd Rozi berkata, perkara ini bukan kes yang baharu tetapi sering kali terjadi.

Katanya, pengguna jalan raya dinasihatkan tidak mengambil jalan mudah dengan memandu di bawah pengaruh alkohol kerana boleh membahayakan pengguna jalan raya yang lain serta boleh melibatkan kemalangan jiwa.

Artikel Berkaitan:

Katanya, sekiranya terdapat sebarang maklumat mengenai kegiatan tidak sihat atau maklumat mengenai jenayah bolehlah disalurkan kepada pihak trafik atau mana-mana balai yang berdekatan.