Bayar RM50,000 untuk dapatkan MyKad

Gambar kecil: Mohd Wazir
Gambar kecil: Mohd Wazir
A
A
A

BENTONG - Gara-gara mahu bantu dua pekerjanya, seorang majikan mengalami kerugian sebanyak RM50,000 apabila ditipu ketika ingin mendapatkan status penduduk tetap.

Wanita berusia 51 tahun berkenaan terpedaya dengan tawaran seorang lelaki yang menjanjikan kad pengenalan (MyKad) sekiranya dia membayar RM50,000.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superitendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, modus operandi yang digunakan ialah menawarkan perkhidmatan MyKad penduduk tetap.

Menurutnya, dalam kes tersebut, mangsa tanpa syak wasangka telah menyerahkan sejumlah wang tunai yang diminta kepada lelaki berkenaan.

"Bagaimanapun, suspek menghilangkan diri sebaik sahaja wang diserahkan.

"Sebelum itu, mangsa bersama pekerjanya diminta hadir ke Jabatan Pendaftaran Negara Bentong untuk mengambil cap jari dan membuat pembayaran sebanyak RM50,000, kononnya untuk dapatkan MyKad.

"Selepas wang diserahkan, suspek menghilangkan diri tanpa mendapatkan Mykad seperti yang dijanjikan," katanya.

Beliau berkata, hasil laporan dibuat wanita berkenaan, pihak polis berjaya menahan seorang lelaki dan masih memburu suspek lain yang disyaki terlibat.

Artikel Berkaitan:

"Kita telah rakam percakapan pengadu dan berjaya menahan suspek.

"Kes masih dalam siasatan dan orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada serta menggunakan saluran betul untuk membuat permohonan berkait status kewarganegaraan," katanya.