250 murid terima baucar beli-belah

Md Adam (kiri) menyampaikan baucar kepada pelajar pada majlis berbuka puasa di Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT, semalam.
Md Adam (kiri) menyampaikan baucar kepada pelajar pada majlis berbuka puasa di Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT, semalam.
A
A
A

KUALA NERUS - Menjelang ketibaan Syawal tidak lama lagi, pelajar kurang berkemampuan terus mendapat perhatian bagi memastikan mereka ceria menyambut Aidilfitri nanti.

Menerusi program Santuni Ihya Ramadan, seramai 250 murid dari 14 sekolah empower ECER Latihan Akademik Akuapolitan Kuala Nerus terpilih diberi baucar membeli-belah untuk membeli persiapan hari raya.

Timbalan Pengarah Teknik dan Vokasional, Md Adam Ismail berkata, sumbangan yang dihulurkan merupakan antara tanggungjawab sosial korporat agensi Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Jaya Holdings.

Beliau berkata, ia diharap dapat membantu meringankan beban pelajar yang terdiri daripada keluarga kurang berkemampuan supaya bersemangat untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang.

"Keluarga pelajar terlibat juga turut disantuni dengan majlis berbuka puasa di Pusat Islam Sultan Mahmud, UMT bagi mengeratkan silatulrahim dan kerjasama diantara semua pihak yang terlibat.

"Besar harapan UMT Jaya Holdings bersama program Empower ECER Latihan Akademik Akuapolitan Kuala Nerus ini untuk melihat kejayaan daripada program ini," katanya menyerahkan sumbangan itu malam tadi.

Seramai 250 murid dari 14 sekolah terpilih menerima baucar membeli belah.
Seramai 250 murid dari 14 sekolah terpilih menerima baucar membeli belah.

Hadir sama, Pengurus Program Latihan Akademik Akuapolitan Kuala Nerus, Rusdi Abdullah.

Artikel Berkaitan:

Antara pelajar sekolah terpilih adalah dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kompleks Seberang Takir, SKSeberang Takir, SK Teluk Ketapang, SK Tok Jembal, SK Tanjung Gelam dan SK Kompleks Mengabang Telipot.

Tidak dilupakan juga pelajar dari SK Mengabang Telipot, SK Darat Batu Rakit, SK Batu Rakit, SK Pagar Besi.

Bagi kategori sekolah menengah, pelajar terpilih adalah dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Seberang Takir, SMK Ibrahim Fikri, SMK Kompleks Mengabang Telipot dan SMK Batu Rakit.