AS dakwa pengasas WikiLeaks langgar Akta Pengintipan

Julian Assange
Julian Assange
A
A
A

WASHINGTON - Jabatan Keadilan Amerika Syarikat (DoJ) pada Khamis mendakwa pengasas WikiLeaks, Julian Assange melanggar Akta Pengintipan AS dengan menyiarkan fail diplomatik dan ketenteraan pada 2010 dan menolak dakwaan yang beliau merupakan seorang wartawan.

Jabatan berkenaan mendedahkan 17 pertuduhan baharu terhadap Assange yang mendakwa beliau mengarahkan dan bersubahat dengan penganalisis risikan Chelsea Manning untuk mencuri fail rahsia AS, serta secara melulu mendedahkan sumber sulit itu di Timur Tengah dan China yang dinamakan dalam fail berkenaan.

Dakwaan terhadap Assange yang kini berjumlah 18 keseluruhannya, menolak dakwaan beliau hanyalah penyiar yang menerima bahan yang dibocorkan daripada Manning, iaitu tindakan yang dilindungi di bawah Pindaan Pertama Perlembagaan AS yang memberi jaminan terhadap kebebasan media.

Dakwaan terbaharu menyebut Assange secara aktif berkonspirasi dengan Manning untuk mencuri ratusan ribu fail sulit 'dengan sebab yang dipercayai makluamt berkenaan boleh memberi kesan kepada Amerika Syarikat atau kelebihan kepada negara asing,' kata DoJ.

Ia turut menyatakan Assange menolak amaran Jabatan Negara AS pada 2010 untuk meminda nama dan sumber maklumat sulit tentera AS di Afghanistan, Syria, Iraq, Iran dan China, sumber yang dikatakan termasuk wartawan, pemimpin agama, peguam hak asasi manusia dan pembangkang politik.

“Tindakan Assange itu memberi kesan serius kepada keselamatan negara AS dan meletakkan sumber manusia yang dinamakan dalam ancaman serius,” kata jabatan itu.

Jabatan mengambil serius peranan wartawan dalam demokrasi,” kata pembantu peguam negara John Demers.

“Tetapi Julian bukan wartawan," katanya. – AFP

Artikel Berkaitan: