Bekas askar Israel dalang sindiket seks antarabangsa dicekup

Moosh ditahan (kanan) ketika bersembunyi di Portugal.
A
A

LISBON - Seorang bekas anggota pasukan keselamatan Israel (IDF) yang dikehendaki pihak berkuasa Colombia atas pertuduhan memperdagangkan wanita termasuk kanak-kanak untuk eksploitasi seks ditahan di Portugal.

Polis menahan Assi Moosh, 45, berhampiran Lisbon pada Rabu.

Semasa ditahan Moosh didapati menggunakan dokumen palsu bagi menyembunyikan identiti sebenarnya.

Polis dalam satu kenyataan berkata, Moosh ialah dalang utama sindiket seks yang beroperasi di Taganga, sebuah perkampungan nelayan di Colombia.

Kawasan itu popular dalam kalangan pelancong 'backpakers' di mana wanita dan kanak-kanak dieksploitasi secara seksual.

Pada 2017, media di Colombia menggelar Moosh sebagai 'the Devil of Taganga' memetik beliau sebagai ancaman kepada ketenteraman awam.

Polis Sepanyol sebelum ini percaya Moosh bersembunyi di pulau percutian terkenal Ibiza dan Barcelona sebelum ditahan di Portugal. - Agensi