Kerajaan diminta jangan ubah kuota matrikulasi

Shaharizukirnain Abdul Kadir
Shaharizukirnain Abdul Kadir
A
A
A

KUALA TERENGGANU- Kerajaan diminta agar tidak mempolitikkan bidang pendidikan dengan mengubah keputusan berkaitan kuota matrikulasi, walaupun berdepan dengan tentangan dan kritikan DAP.

Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir berkata, kritikan demi kritikan yang dibuat pemimpin DAP sebelum ini, jelas demi kepentingan parti itu semata-mata.

Tegasnya, hak mendapat pendidikan telah terjamin kepada semua pihak, justeru tidak wajar isu kuota matrikulasi dipolitikkan secara berlebihan.

“Saya amat bersetuju dengan keputusan pengekalan kuota 90 peratus bumiputera dan 10 peratus bukan Bumiputera yang telah dikeluarkan Menteri Pendidikan baru-baru ini.

“Namun begitu, tindakan sesetengah pemimpin DAP yang mengeluarkan kenyataan untuk mengubah keputusan berkenaan amat tidak wajar dan tindakan tersebut hanyalah sekadar usaha mempolitikkan bidang pendidikan semata-mata,” katanya.

Jelas beliau, penambahan pengambilan pelajar ke matrikulasi daripada 25,000 pelajar kepada 40,000 pelajar juga merupakan salah satu usaha bagi menambah bilangan bukan Bumiputera ke pusat pengajian berkenaan.

Oleh itu katanya, tidak wajar sekali timbulnya isu ketidakadilan dalam perkara ini seperti yang digembar-gemburkan oleh parti DAP yang juga memegang tampuk pemerintahan masa kini.

Malah, tindakan tersebut juga seakan-akan cuba memecahbelahkan sesama parti.

ARTIKEL BERKAITAN: Kuota matrikulasi: Kerajaan harus pertahankan Maszlee

Artikel Berkaitan: