Pemergianmu ditangisi Muhammad Adib...

Mohd Kassim Abdul Hamid (dua, kanan) dan isterinya, Asma Aziz (kiri) menahan sebak sebaik jenazah anak mereka tiba dengan helikopter M17-IV milik Jabatan Bomba dan Penyelamat di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Tebengau, Kedah hari ini.
Muhammad Adib, 24, disahkan meninggal dunia pada 9.41 malam tadi selepas tiga minggu mendapatkan rawatan di IJN. Dia mengalami kecederaan parah akibat dibelasah dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya pada, 27 November lalu. - Foto Bernama
Mohd Kassim Abdul Hamid (dua, kanan) dan isterinya, Asma Aziz (kiri) menahan sebak sebaik jenazah anak mereka tiba dengan helikopter M17-IV milik Jabatan Bomba dan Penyelamat di padang Sekolah Kebangsaan (SK) Tebengau, Kedah hari ini. Muhammad Adib, 24, disahkan meninggal dunia pada 9.41 malam tadi selepas tiga minggu mendapatkan rawatan di IJN. Dia mengalami kecederaan parah akibat dibelasah dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ25, Subang Jaya pada, 27 November lalu. - Foto Bernama
A
A
A

SHAH ALAM - Rakyat Malaysia yang mengikuti perkembangan dan senantiasa mendoakan kesejahteraan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim, 24, akhirnya terpaksa reda dengan pemergian Allahyarham.

Berita sedih yang dikhabarkan malam tadi bukan hanya merentap harapan seluruh keluarga, tunang tersayang, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), malah seluruh negara turut berdukacita.

Malah kad undangan perkahwinan Allahyarham yang tular di media sosial menambah runtun di hati netizen.

Berikut, kronologi kesihatan Muhammad Adib yang bertarung nyawa selama 20 hari sebelum meninggal dunia pada jam 9.41 malam tadi;

27 November

Muhammad Adib yang merupakan anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dipercayai dipukul sekumpulan perusuh ketika operasi memadam kebakaran kenderaan di hadapan kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya.

Mangsa yang mengalami patah tulang rusuk dan kecederaan dalaman dimasukkan ke Pusat Perubatan Sime Darby.

28 November

Artikel Berkaitan:

Muhammad Adib dipindahkan ke Institut Jantung Negara (IJN) yang mempunyai mesin khas untuk menyalurkan oksigen lebih banyak ke paru-parunya.

29 November

Muhammad Adib menunjukkan tindak balas positif dan kurang bergantung kepada ubat-ubatan untuk jantungnya.

30 November

Muhammad Adib mula sedar dan faham arahan yang diberikan.

3 Disember

Muhammad Adib tidak lagi bergantung kepada mesin sokongan jantung. Bagaimanapun mesin sokongan masih terus digunakan pada bahagian paru-parunya.

5 Disember

IJN tidak membenarkan kunjungan pelawat selama tiga hari bagi membolehkan Muhammad Adib menjalani sesi fisioterapi tanpa gangguan dan mengelakkan berlakunya risiko jangkitan daripada pelawat.

8 Disember

Muhammad Adib masih lagi bergantung kepada beberapa mesin sokongan untuk memastikan organ dalamannya dapat dipulihkan pada tahap optima.

10 Disember

Muhammad Adib mula memberikan respons dengan menulis pada papan putih untuk berkomunikasi.

16 Disember

Kesihatan Muhammad Adib semakin merosot dan fungsi paru-parunya mengalami penurunan beransur-ansur. Fungsi buah pinggangnya juga tidak menunjukkan peningkatan di mana beliau terus memerlukan sokongan dialisis.

17 Disember

Muhammad Adib menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.41 malam di IJN.