Kit Siang bagi tajuk tapi dia pula tarik diri, sindir Najib

No Image Caption
A
A
A

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ‘membahan’ Veteran DAP, Lim Kit Siang susulan tindakannya menarik diri daripada debat kleptokrasi yang dijadualkan selepas Aidilfitri ini.

Najib berkata, Kit Siang yang menyatakan persetujuan untuk berdebat dan mengemukakan tajuk namun kini beliau mengumumkan untuk menarik diri pula.

“Yang setuju debat, Kit Siang, yang bagi tajuk, Kit Siang, yang tarik diri juga Kit Siang.

ARTIKEL BERKAITAN: Lim Kit Siang tarik diri debat kleptokrasi dengan Najib

“Lepas itu, dia (Kit Siang) kata dia bukan pengecut. Tak sampai dua hari (tarik diri),” kata Najib dalam hantaran Facebooknya, malam ini.

Malah, Ahli Parlimen Pekan itu juga menyindir, siapakah yang yang menghujani Kit Siang dengan nasihat-nasihat sedemikian supaya menarik diri daripada berdebat dengannya.

“Laa... siapakah yang hujani Kit Siang? Itu air hujan ke apa?," soalnya.

Terdahulu, Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu mengumumkan untuk menarik diri daripada debat kleptokrasi dengan bekas Perdana Menteri tersebut.

Artikel Berkaitan:

Kit Siang menjelaskan alasannya ialah kerana bimbang dengan kemungkinan besar debat ini akan dimanipulasi menjadi satu konflik perkauman.

Kit Siang menjelaskan, sejak 48 jam yang lalu, beliau menerima segunung surat dan nasihat yang memintanya supaya tidak meneruskan debat itu.

“Saya sedar yang keputusan saya ini akan disambut dengan pelbagai tuduhan yang saya ini adalah seorang penakut. Kerjaya politik saya selama 53 tahun adalah terbuka untuk semua rakyat menghakimi sama ada saya seorang penakut ataupun tidak dan saya sentiasa bersedia untuk menerima penghakiman daripada rakyat.

“Tajuk debat berkenaan “Bagaimana Malaysia terjerumus menjadi sebuah kleptokrasi global dan bagaimana kita boleh kembali menjadi sebuah negara terulung yang berintegriti” di antara Najib dan saya ini boleh dimanipulasi menjadi satu konflik Melayu vs Cina.

“Sedangkan perang melawan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan jenayah seperti pengubahan wang haram bukanlah satu isu perkauman atau keagamaan tetapi satu isu nilai murni dan pentadbiran yang baik, saya telah memutuskan untuk tidak meneruskan debat dengan Najib ini,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.