Jenazah Muhammad Adib tiba di Kuala Kedah

Penduduk setempat turut hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham Muhammad Adib, pagi ini.
Penduduk setempat turut hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham Muhammad Adib, pagi ini.
A
A
A
ALOR SETAR - Jenazah Muhammad Adib Mohd Kassim tiba di padang Sekolah Kebangsaan Tebengau tepat pada jam 10.30 pagi tadi.

Helikopter berkenaan turut membawa ayah, Mohd Kassim Abd Hamid, ibu, adik perempuan serta tunang Allahyarham, Nurul Najihah Mohd Radzi.

No Image Caption



Jenazah Muhammad Adib turut diiringi dua helikopter yang turut membawa beberapa orang kenamaan yang terdiri daripada Ketua Setiausaha Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Mohammad Mentek, Timbalan Ketua Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Datuk Amir Yusoff dan Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan), Datuk Soiman Jahid bersama-sama pengarah-pengarah bahagian.

Sebaik mendarat di padang sekolah, keluarga Muhammad Adib disambut oleh pegawai-pegawai bomba dan penyelamat.

No Image Caption



Sementara itu, jenazah Allahyarham Muhammad Adib disambut dengan penuh istiadat kebombaan daripada pegawai-pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Kedah dan Perlis.

Kira-kira 10,000 orang penduduk turut berkumpul di kawasan sekitar SK Tebengau untuk menyaksikan ketibaan helikopter yang membawa jenazah.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:


Mereka berkumpul seawal jam 7 pagi bagi memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham yang dianggap wira negara.

kapsyen

Penduduk setempat turut hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada jenazah Allahyarham Muhammad Adib, pagi ini.