Ini kali pertama beli baju raya sendiri

Sulhie menyampaikan sumbangan baju raya kepada Nafrah selepas membeli pakaian raya di sebuah pasaraya di Tanah Merah hari ini.
Sulhie menyampaikan sumbangan baju raya kepada Nafrah selepas membeli pakaian raya di sebuah pasaraya di Tanah Merah hari ini.
A
A
A

TANAH MERAH - Tiada apa yang mampu diungkapkan, apabila diberi peluang membeli pakaian untuk hari raya walaupun sambutan raya lima beradik yatim ini tidak seperti kanak-kanak lain.

Mereka terpaksa berhari raya tanpa bapa di sisi yang meninggal dunia kerana penyakit lelah.

Ibu mereka pula disahkan lumpuh seluruh badan akibat kemalangan lebih dua tahun lalu.

Lebih memilukan lima beradik ini berusia antara 6 hingga 13 tahun ini juga terpaksa diuruskan oleh ibu saudara mereka Rohani Omar,58.

Sejak itulah, tiada erti buat mereka untuk menyambut Aidilfitri, biarpun rakan-rakan seusia mereka meraikan hari raya dengan penuh kegembiraan.

Rohani yang menjadi ibu dan ayah kepada mereka. Menguruskan sepenuhnya perbelanjaan sekolah dan perbelanjaan harian lima beradik itu.

"Setakat ini kakak sulung, Nafrah Qistina Razali, 12, dan dua kembar dan salah seorangnya OKU dijaga oleh saya manakala dua lagi adik Nafrah Qistina kini tinggal di asrama.

"Alhamdulillah, buat masa ini kami terima bantuan zakat. Ada juga sumbangan daripada pemberian penderma serta bantuan bulanan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menguruskan mereka," katanya.

Artikel Berkaitan:

Mengakui ada masa dia tidak mampu menguruskan mereka secara sendirian, Rohani berkata, kakak sulung lima beradik ini, Nafrah Qistina turut membantu.

Nafrah Qistina yang ditemui ketika membeli pakaian raya, begitu teruja dapat memilih baju untuk adik-adiknya pada tahun ini.

"Masa arwah ayah ada... dialah yang uruskan. Tapi kini tanggungjawab itu saya galas bersama makcik.

"Terima kasih kepada penyumbang yang bantu saya dan adik-adik," katanya.

Terdahulu tiga daripada lima beradik itu dibawa membeli pakaian raya hasil sumbangan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Kesenian dan Kebudayaan Anak Kelantan (PAKKAK) di sebuah pasar raya di daerah ini.

Hadir sama, Ahli Jawatankuasa (AJK) PAKKAK, Mohd Sulhie Yusuf Sulhie berkata, pihaknya terpanggil untuk menjayakan misi amal pada tahun ini dan diharap sumbangan ini dapat memeriahkan sambutan lebaran keluarga ini walau ditimpa nasib malang sebelum ini dan semoga nasib keluarga ini terus terbela.