Cara penjagaan rambut 'rebonding'

Rambut yang melalui proses rebonding perlu dijaga dengan baik.
A
A

FEMINA yakin ramai wanita yang gemar melakukan rawatan rambut secara 'rebonding'. Anda harus tahu bahawa rambut yang telah melalui proses ini mengandungi lebih banyak bahan kimia di dalamnya.

Jadi, ia sangat memerlukan penjagaan yang lebih teliti berbanding rambut normal. Berikut adalah beberapa tip cara penjagaannya:

1) Bagi memastikan kesemua bahan kimia yang digunakan betul-betul meresap ke dalam rambut anda, pastikan anda tidak membasahkan rambut sehingga 2-3 hari.

2) Pada peringkat awal rebonding, ia akan mudah terbentuk dalam bentuk apa yang ditentukan. Oleh itu, jangan ikat atau selitkan rambut pada telinga anda.

3) Sentiasa berjaga-jaga dengan kedudukan rambut anda sewaktu tidur kerana anda tidak mahu bangun dengan rambut yang berbentuk sangat pelik.

4) Selepas 2-3 hari, cuci rambut anda dengan syampu dan perapi. Biarkan perapi itu pada rambut anda untuk beberapa minit tambahan.

5) Sebaik-baiknya, elak daripada melakukan rawatan rambut dalam tempoh enam bulan. Kenapa? kerana rambut anda perlu rehat daripada segala bahan kimia yang digunakan tempoh hari.

6) Jangan guna alat penjagaan rambut yang panas seperti pengering rambut).

7) Jangan guna air panas untuk mencuci rambut, sebaliknya guna air sejuk. Air panas hanya akan menyingkir minyak semula jadi yang rambut anda hasilkan.

8) Elak daripada mendedahkan rambut anda kepada faktor-faktor alam sekitar seperti sinaran matahari yang kasar, angin sejuk dan hujan. Gunakan topi atau payung.

9) Sekiranya rambut anda terkena air hujan, segera cuci rambut anda kerana garam dan bahan-bahan polusi yang ada dalam air hujan itu akan merosakkan struktur rambut anda.

10) Pastikan anda cuci kesemua bahan kimia selepas 2 ke 3 hari ya. Cuci bersih-bersih!