Tawar perkhidmatan galak pelaburan di N. Sembilan

Dr Mohamad Rafie Ab Malek
Dr Mohamad Rafie Ab Malek
A
A
A

SEREMBAN - Kerajaan negeri menawarkan beberapa perkhidmatan antaranya mempertimbangkan pemberian kadar khas bagi nilaian cukai tanah, cukai taksiran dan bayaran premium kepada projek khas yang berimpak tinggi dalam usaha menggalakkan pelaburan di Negeri Sembilan.

Adun Ampangan, Dr Mohamad Rafie Ab Malek berkata, pihaknya sudah melaksanakan khidmat ‘One Stop Centre’ di setiap pihak berkuasa tempatan di negeri ini dengan kekerapan dua kali sebulan bagi memastikan kecekapan dan kelancaran kelulusan kebenaran merancang.

"Khidmat Project Management Consultant dan Project Coordinator kepada projek-projek baharu dalam sektor pembuatan, perkhidmatan dan hartanah oleh Negeri Sembilan Investment Centre," katanya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan lisan Ng Chin Tsai (DAP-Gemencheh) yang ingin mengetahui insentif kerajaan negeri bagi menarik pelabur.

Dr Mohamad Rafie yang juga merupakan Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan berkata, kerajaan negeri sentiasa menawarkan perkhidmatan yang telus dan efisien dalam menggalakkan pelaburan.

Sementara itu, menjawab soalan tambahan, Rafie berkata, kerajaan negeri telah menerima banyak pelaburan di Negeri Sembilan sejak Julai hingga November tahun ini antaranya pelaburan dari syarikat berkaitan elektronik dari Amerika Syarikat yang telah bersetuju untuk melabur di negeri ini dengan jumlah pelaburan RM1.25 bilion.

“Pelaburan dari syarikat ini yang berhasrat untuk melabur RM1 bilion, sukacita saya maklumkan walaupun pada peringkat awal Kerajaan China tawarkan pada mereka tanah percuma dan bangunan percuma tetapi syarikat ini akhirnya bersetuju untuk melabur di negeri ini dengan jumlah pelaburan RM1 bilion.

“Bagaimanapun baru-baru ini mereka telah datang berjumpa dengan kerajaan negeri untuk menambah jumlah pelaburan menjadikan jumlah keseluruhan pelaburan bernilai RM1.25 bilion,” katanya.

Artikel Berkaitan: