Perkeso Terengganu bayar RM6.5j kepada penerima faedah

Seramai 24 penerima menerima bayaran faedah oleh Perkeso Terengganu dalam sebuah majlis sempena Majlis Iftar Ramadan Perkeso, di sini semalam.
Seramai 24 penerima menerima bayaran faedah oleh Perkeso Terengganu dalam sebuah majlis sempena Majlis Iftar Ramadan Perkeso, di sini semalam.
A
A
A

KUALA TERENGGANU – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Terengganu menjelaskan bayaran faedah sebanyak RM6.05 juta membabitkan 907 kes dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Pengarahnya, Farihah Che Husin berkata, bayaran itu penerima bagi Hilang Upaya Sementara (RM1.4 juta), Hilang Upaya Kekal (RM3.07 juta), Faedah Orang Tanggungan (RM53,330) dan Faedah Pengurusan Mayat sebanyak RM388,970.

“Kita juga telah menyalurkan sebanyak RM177,923 kepada penerima Pencen Ilat dan RM678,109 bagi Pencen Penakat.

“Dua kategori lagi ialah Bayaran Ganti Belanja dan Pemulihan sebanyak RM133,279 serta Elaun Jemaah Doktor dan Pembantu sebanyak RM87,192,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui sempena Majlis Iftar Ramadan Perkeso, di sini, semalam yang turut dihadiri timbalannya, Norihan Ibrahim.

Pada majlis itu, Perkeso Terengganu menyampaikan Faedah Pengurusan Mayat dan Faedah Hilang Upaya Kekal kepada 24 penerima baharu yang ditimpa musibah.

Turut menerima bayaran ialah anak angkat Perkeso, Muhammad Khairul Haziq Mohd Khairulinzam, 5, yang terselamat selepas ibu, bapa serta adiknya maut dalam kemalangan jalan raya.

Artikel Berkaitan:

Muhammad Khairul Haziq (dua, kanan) menerima sumbangan disampaikan Farihah sempena Majlis Iftar Ramadan Perkeso, di sini semalam.
Muhammad Khairul Haziq (dua, kanan) menerima sumbangan disampaikan Farihah sempena Majlis Iftar Ramadan Perkeso, di sini semalam.

“Kami berharap faedah yang diterima ini dapat meringankan beban selain membantu penerima membuat persiapan bagi menyambut Aidilfitri.

“Bagi Muhammad Khairul Haziq pula, bayaran ini diharap dapat membantu meringankan tanggungan ibu dan bapa angkatnya,” katanya.

Muhammad Khairul Haziq yang hadir bersama ibu dan bapa angkatnya, Norjannah Jaafar, 29, dan Fathul Mubeen Zakaria, 30, menerima pencen penakat sebanyak RM298 setiap bulan sehingga mencapai usia 21 tahun.

Muhammad Khairul Haziq adalah anak sulung kepada pasangan Mohd Khairulinzam Jusoh, 38, dan Nur Syaazlien Syarizam Salleh, 21, yang maut dalam kemalangan di Kampung Pengkalan Atap, Batu Rakit, pada 9 Februari lalu.

Kejadian tragis yang berlaku jam 2.50 pagi itu telah mengorbankan lima sekeluarga iaitu Mohd Kharulinzam Jusoh, 38; ibunya, Nur Syaazlien Syarizam Salleh, 21 serta adiknya, Nur Khaira Aisyah.

Turut terkorban, adik dan ibu kepada Nur Syaazlien, Muhammad Nashrullah, 5, dan Rozilawati Mustafa@Razali, 43.