MFL mahu lihat kualiti pemain asing

Tunku Ismail Sultan Ibrahim
Tunku Ismail Sultan Ibrahim
A
A
A

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) akan bekerjasama dengan pasukan yang hendak menggunakan khidmat pemain asing.

Pengerusi MFL, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim bertitah, langkah itu bagi melihat kelayakan dan tahap kualiti pemain terbabit sama boleh atau tidak beraksi dalam kancah bola sepak tanah air.

"Kerana untuk menjaga daya saing dan kualiti liga adalah sangat penting. Ia akan memberi kesan kepada pasukan kebangsaan," katanya pada sidang media di sini semalam.

Perkara yang disentuh itu, merupakan pelan jangka masa pendek MFL dalam usaha memastikan negara mempunyai pasukan kebangsaan yang kuat dan liga yang kompetitif.

"Untuk jangka masa panjang, saya sudah cakap daripada tahun 2013 adalah akademi dan pembangunan bola sepak.

"Tetapi jangka masa pendek pun mesti ada kita punya pelan jangka pendek. Contoh, pemain naturalisasi serta daya saing liga dan kualiti pemain asing," katanya.

Selain itu, beliau menegaskan penswastaan liga di negara ini, membolehkan bola sepak tanah air lebih maju.

"Lagi cepat kita boleh swastakan liga, dan semua pasukan mengikut garis panduan, lagi cepat bola sepak tanah air akan maju," katanya.

Artikel Berkaitan: