200 pek makanan sahur buat petugas

Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan (tengah) bersama kakitangan Pengemudi yang terlibat dengan program sahur di sini.
Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan (tengah) bersama kakitangan Pengemudi yang terlibat dengan program sahur di sini.
A
A
A

KUALA NERUS - Persatuan Kakitangan Pengurusan dan Profesional (Pengemudi) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) mengagihkan kira-kira 200 pek makanan menerusi program Kembara Sahur hari ini.

Pengerusinya, Mohd Termizi Aziz berkata, juadah itu diagihkan di stesen minyak, universiti, balai polis, kedai serbaneka dan hospital bermula di Ladang Pasir Akar, Besut hingga ke Kampus Perubatan UniSZA.

Menurutnya, program kali keempat itu merupakan sebahagian daripada aktiviti kemasyarakatan sempena Ramadan oleh Pengemudi UniSZA dalam mendekati semua golongan bertugas di waktu malam.

“Juadah diagihkan dilebih 40 lokasi persinggahan oleh 15 ahli Pengemudi bermula dari pukul 10 malam hingga 5 pagi dengan turut disertai Naib Canselor UniSZA, Prof Datuk Dr Hassan Basri Awang Mat Dahan.

“Semoga dengan sumbangan nasi beriani di samping air dan kurma ini membolehkan golongan sasar mengisi perut mereka semasa bersahur,” katanya di sini hari ini

Mohd Termizi berkata, kesibukan sehingga terlepas waktu bersahur adalah lumrah bagi yang bekerja pada waktu malam kerana fokus yang tinggi terhadap tanggungjawab masing-masing.

Artikel Berkaitan: