Keputusan pilihan raya India bakal diketahui

Pegawai pilihan raya India memasang poster senarai daerah pemilihan di sebuah pusat kiraan undi di Bangalore. - Foto AFP
Pegawai pilihan raya India memasang poster senarai daerah pemilihan di sebuah pusat kiraan undi di Bangalore. - Foto AFP
A
A
A

NEW DELHI - Keputusan pilihan raya umum India dijangka diketahui hari ini setelah melalui kempen pilihan raya yang panjang.

Pilihan raya umum tujuh peringkat tersebut bermula pada 11 April hingga 19 Mei lalu dan proses kiraan undi bermula selepas itu.

Persaingan pilihan raya umum kali ini menyaksikan Perdana Menteri Narendra Modi berkempen habis-habisan bagi mempertahankan jawatannya.

Pada tahun 2014, Parti Bharatiya Janata (BJP) pimpinan Modi memenangi majoriti kerusi di Dewan Rendah Parlimen atau Lok Sabha sekali gus membolehkannya memegang tampuk pemerintahan.

Tinjauan undian meramalkan kemenangan buat Modi namun penganalisa mengatakan tinjauan sedemikian tidak semestinya tepat.

Undian kali ini juga dilihat sebagai referendum terhadap Modi yang dilabel sebagai punca perpecahan di India.

Sementara itu, pencabar terdekat Modi, Rahul Gandhi yang juga pemimpin Parti Kongres berhasrat menjadi generasi keempat dinasti Gandhi-Nehru yang memerintah negara itu.

Dengan 900 juta pengundi layak, pilihan raya umum India merupakan yang terbesar seumpamanya di dunia. - Agensi

Artikel Berkaitan: