Wanita tanpa tangan mampu terbangkan pesawat

Jessica Cox yang dilahirkan tanpa tangan belajar menerbangkan pesawat dengan hanya menggunakan kakinya.
Jessica Cox yang dilahirkan tanpa tangan belajar menerbangkan pesawat dengan hanya menggunakan kakinya.
A
A
A

ARIZONA - Seorang wanita menjadi juruterbang berlesen pertama di Amerika Syarikat menerbangkan pesawat tanpa menggunakan tangan.

Jessica Cox yang dilahirkan tanpa tangan belajar menerbangkan pesawat dengan hanya menggunakan kakinya.

Setelah menamatkan pengajian di Universiti Arizona pada tahun 2005, Cox memulakan latihan untuk menjadi juruterbang berlesen, walaupun berasa gementar namun dia tekad untuk mengatasi ketakutannya.

"Saya berlatih dengan ramai tenaga pengajar dalam tempoh tiga tahun demi mendapatkan lesen," kata Cox yang telah mengembara ke lebih 20 negara sebagai penceramah motivasi.

Walaupun ramai yang meragui kemampuannya, Cox akhirnya berjaya mendapat lesen dari Pentadbiran Penerbangan Persekutuan untuk menerbangkan pesawat ringan Ercoupe pada tahun 2008.

Bakat Cox tidak terhenti di situ, wanita berusia 36 tahun itu juga boleh bermain piano dan memandu kereta selain memiliki lesen penyelam skuba dan juga tali pinggang hitam dalam sukan taekwondo. - Agensi

Artikel Berkaitan: