Almarhum sultan kesayangan rakyat Pahang

Mohd Anuar ketika membantu menyediakan bubur lambuk di pekarangan masjid tersebut hari ini.
Mohd Anuar ketika membantu menyediakan bubur lambuk di pekarangan masjid tersebut hari ini.
A
A
A

TEMERLOH - Patah tidak tumbuh, hilang tidak berganti.

Begitu kata Ahli Parlimen Temerloh, Mohd Anuar Tahir yang menyifatkan kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah satu kehilangan besar buat seluruh rakyat di Pahang.

Menurutnya, berita tersebut satu kesedihan tidak terhingga kerana Almarhum juga Sultan kesayangan rakyat di negeri ini.

"Saya ingin menyeru seluruh penduduk di Pahang khususnya di Temerloh mengadakan majlis tahlil bermula malam ini dan mendoakan Almarhum supaya ALLAH mencucuri rahmat ke atas Almarhum.

"Seluruh rakyat Pahang amat bersedih dengan kehilangan yang amat memberikan kesan kepada kita semua," katanya yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya.

Majlis bacaan doa dan tahlil berikutan kemangkatan Almarhum di masjid itu malam ini.
Majlis bacaan doa dan tahlil berikutan kemangkatan Almarhum di masjid itu malam ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita sempena Majlis Iftar bersama Ahli Parlimen Temerloh di Masjid Temerloh Jaya hari ini.

Hadir sama, ADUN Mentakab, Woo Chee Wan dan Pengerusi Masjid, Dr Abdullah Ismail.

Artikel Berkaitan:

Lebih 1,000 penduduk tidak melepaskan peluang menyertai sambutan tersebut yang turut menyaksikan 200 asnaf dan 80 anak yatim menerima sumbangan.

Turut berlangsung hari ini, majlis Tadarus al-Quran sempena Nuzul al-Quran dan pengagihan lebih 800 bekas bubur lambuk kepada penduduk sekitar taman itu.

Dalam pada itu, turut diadakan majlis tahlil diketuai Imam Nasrullah Abdul Ghani, 27 sempena kemangkatan Almarhum di masjid berkenaan.