Kadar jangka pendek kekal stabil susulan operasi BNM

No Image Caption
A
A
A
KUALA LUMPUR - Kadar-kadar jangka pendek dijangkakan kekal stabil hari ini susulan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Lebihan mudah tunai hari ini dianggarkan sebanyak RM24.60 bilion dalam sistem konvensional dan RM16.30 billon dalam dana Islam.

Bank pusat akan melaksanakan tender pasaran wang konvensional bernilai RM4 bilion untuk tiga hari hingga 21 hari dan tender lelongan matang Islam (iRMA) Qard bernilai RM3 bilion selama lapan hari hingga 31 hari.

Selain itu, bank pusat juga akan menerbitkan Bil Islam Antara Bank, Bank Negara berjumlah RM1 bilion untuk 33 hari.

Pada 4 petang, BNM akan menlaksanakan tender semalaman konvensional sehingga RM20.6 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM13.3 bilion. - Bernama
Artikel Berkaitan: