Kehilangan besar landskap sukan negara: Syed Saddiq

Syed Saddiq meluangkan masa beramah bersama golongan belia selepas Konsultasi Kementerian Belia dan Sukan bersama belia di SK Dato' Shaari di Kubang Rotan, di sini tadi.
Syed Saddiq meluangkan masa beramah bersama golongan belia selepas Konsultasi Kementerian Belia dan Sukan bersama belia di SK Dato' Shaari di Kubang Rotan, di sini tadi.
A
A
A

KEMANGKATAN Sultan Pahang kelima, Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah ibni Al-Marhum Sultan Abu Bakar Ri'ayatuddin Al-Muadzam Shah disifatkan satu kehilangan besar untuk landskap sukan negara.

Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, Almarhum Sultan Ahmad Shah banyak menyumbang jasa bakti khususnya dalam sukan bola sepak.

Syed Saddiq berkata, Almarhum memiliki pengalaman yang lama dan mengetuai sukan bola sepak sehingga peringkat Asia.

"Hari ini, merupakan kehilangan besar bagi landskap sukan negara. Almarhum memiliki jasa bakti dalam sukan bola sepak hingga berpuluhan tahun pengalaman baginda.

"Almarhum memiliki pengalaman mengetuai bola sepak di peringkat Asia dan Dunia," katanya selepas Konsultasi Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama belia di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato' Shaari di Kubang Rotan, Alor Setar tadi.

Menurutnya yang juga Ketua Pemuda PH, Sultan Ahmad Shah amat dihormati ramai termasuklah masyarakat luar negara seperti Timur Tengah.

"Almarhum amat dipandang tinggi dan dikenali, begitu juga Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah kini bukan hanya dalam bola sepak, tetapi juga hoki," katanya.

Katanya, kesemua penggiat sukan pastinya terasa kehilangan Sultan Ahmad Shah dan mendoakan yang terbaik buat Almarhum agar ditempatkan bersama orang beriman.

Artikel Berkaitan:

"Saya bersama Kementerian Belia dan Sukan sentiasa mendoakan Al-Sultan Abdullah dan mengharapkan Yang di-Pertuan Agong dapat menempuh masa mencabar ini," katanya.