Bantah pasang pemancar atas bangunan

Alat pemancar telekomunikasi yang dipasang di atas bangunan kedai dekat Pekan Rasa.
Alat pemancar telekomunikasi yang dipasang di atas bangunan kedai dekat Pekan Rasa.
A
A
A

RASA - Penduduk membantah pemasangan alat pemancar telekomunikasi di atas sebuah bangunan kedai di Pekan Rasa.

Seorang penduduk, Wong Kwai Teck, 48, berkata, syarikat telekomunikasi terbabit difahamkan menyewa bangunan kedai itu sejak beberapa tahun lalu.

Menurutnya, jumlah alat pemancar bertambah setiap tahun sehingga mencetuskan rasa kurang selesa di kalangan penduduk apabila khuatir kesan radiasi akan menjejaskan kesihatan mereka.

"Pemancar telekomunikasi memang penting untuk liputan telefon tapi bukan dengan meletakkan alat pemancar di atas bangunan kedai.

"Sepatutnya syarikat berkenaan membina sebuah menara di kawasan lebih sesuai dan bukannya di tengah pekan seperti sekarang.

"Dulu sikit saja tapi sekarang sudah makin banyak maka saya rasa pihak berkuasa tempatan (PBT) perlu memantau perkara ini," katanya.

Seorang penduduk, Wong Zeng Sheng, 32, berkata, penduduk membuat bantahan secara aman beberapa bulan lepas sehingga salah seorang dihadapkan ke mahkamah atas kesalahan berhimpun tanpa permit.

Menurutnya, penduduk berharap agar aduan mereka diberi perhatian kerajaan dan PBT demi kepentingan semua pihak.

Artikel Berkaitan:

"Talian telefon di sini memang baik dan kami hargai apa dilakukan syarikat telekomunikasi tapi tidak sesuai sewa bangunan kedai untuk pasang alat pemancar," katanya.