Jalur Gemilang dikibar separuh tiang sehingga esok

Foto: Bernama
Foto: Bernama
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jalur Gemilang perlu dikibarkan separuh tiang mulai hari ini hingga esok bagi menghormati kemangkatan Paduka Ayahanda Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah Almarhum Sultan Abu Bakar.

Perkara itu dimaklumkan Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar menerusi satu kenyataan di laman twitternya.

"Merafak sembah takziah kepada seluruh kerabat Diraja Pahang atas kemangkatan Sultan Ahmad Shah Al Musta'in Billah Ibni Almarhum Sultan Abu Bakar.

"Bagi menghormati kemangkatan Almarhum baginda tuanku, bendera Malaysia hendaklah dikibarkan separuh tiang mulai 22.5.19 hingga 23.5.19," katanya.

Almarhum Sultan Ahmad Shah, 88, mangkat di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 8.50 pagi tadi.- Bernama

Artikel Berkaitan: