Lelaki ditangkap sebar gambar lucah bekas teman wanita

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Polis menahan seorang lelaki kerana didakwa cuba menyebarkan gambar lucah bekas teman wanitanya melalui status WhatsApp.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, hasil siasatan mendapati suspek menggunakan nombor telefon lama bekas teman wanitanya itu untuk mendaftar WhatsApp.

"Mangsa yang berusia 18 tahun menyedari gambarnya yang tidak berbaju tersebar selepas ditunjukkan rakan sekerja. Dia terkejut selepas melihat gambarnya tidak berbaju dinaikkan dalam status WhatsApp yang menggunakan nombor telefon lama miliknya.

"Mangsa kemudian teringat mengenai bekas teman lelaki yang menggunakan nombor telefon lamanya itu untuk mendaftar WhatsApp dan terus membuat laporan polis, " katanya.

Menurutnya, polis berjaya menahan suspek berusia 26 tahun berhampiran sebuah pencawang Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Gelugor di sini hari ini selepas bekas teman wanitanya membuat laporan polis dua hari lalu.

"Polis turut merampas sebuah telefon bimbit dan dua simkad. Suspek kini direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998.

"Kita ingin mengingatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan kemudahan media sosial dengan melakukan perbuatan jenayah yang akhirnya mengundang padah kepada diri sendiri," katanya.

Artikel Berkaitan: