60 pemain golf asing sertai Kejohanan Golf MAO 2019

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUCHING – Seramai 60 pemain golf asing, yang mewakili 16 negara telah mengesahkan penyertaan mereka dalam kejohanan golf Terbuka Amatur Malaysia (MAO) ke-117 yang akan diadakan di sini dari 20-23 Jun, kata Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Abdul Karim Rahman Hamzah.

Beliau berkata kejohanan empat hari itu akan melibatkan kategori lelaki dan wanita, di mana pesaing lelaki akan bermain di padang Kelab Golf Sarawak (KGS) 'Matang dan Santubong manakala wanita di padang golf Siol dan Demak.

“Sebab utama untuk membawa acara golf berprestij ini ke Sarawak adalah untuk mempromosikan negeri ini sebagai destinasi golf yang popular untuk pemain golf luar negara terutama semasa musim sejuk.

"Kementerian saya, bersama-sama dengan Persatuan Golf Sarawak, akan memulakan langkah positif ini untuk membawa pemain golf luar negara terutamanya dari Korea Selatan, China dan negara-negara Timur Tengah menikmati pengalaman golf dan hospitaliti Sarawak," katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata tarikh tutup penyertaan adalah kira-kira dua minggu lagi dan kejohanan itu akan menyaksikan semua par 3 lubang mempunyai hadiah "lubang-dalam-satu" dengan hadiah menarik bagi pemain golf bertuah termasuk jam tangan Rolex dan set golf besi.- Bernama

Artikel Berkaitan: