PM, isteri beri penghormatan terakhir kepada wira negara

Jenazah Allahyarham Muhammad Adib dijangka disemadikan selepas solat Zohor, hari ini.
Jenazah Allahyarham Muhammad Adib dijangka disemadikan selepas solat Zohor, hari ini.
A
A
A
SUBANG - Jenazah pegawai bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim selamat diterbangkan ke Kuala Kedah tepat jam 8.50 pagi tadi dengan menaiki Helikopter Mi-17-iv Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM).

Difahamkan helikopter yang turut membawa ibu dan bapa Allahyarham akan mendarat di Sekolah Kebangsaan Tebengau, Kuala Kedah sekitar jam 10.30 pagi nanti.

Jenazah akan dikebumikan di Kampung Tebengau, Kuala Kedah.

Sebelumnya, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri, Tun Dr Siti Hasmah Ali sempat memberi penghormatan terakhir kepada jenazah sebelum berlepas.

No Image Caption



Tun Siti Hasmah kelihatan bersedih namun beliau sempat bertanya sesuatu kepada ibu bapa Allahyarham.

Sementara itu, Penolong Pesuruhjaya Bomba, Siti Rohani Nadir berkata pihaknya sudah membuat persiapan di Kedah untuk urusan pengebumian.

"Turut bersama-sama dalam penerbangan ke Kuala Kedah ialah ibu bapa serta adik beradik Allahyarham.

"Segala persiapan telah disediakan di Kuala Kedah untuk uruasn pengebumian," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas helikopter membawa jenazah selamat berlepas di Pangkalan Udara JBPM Subang.

Artikel Berkaitan:


Malam tadi, Allayarham Muhammad Adib menghembuskan nafasnya yang terakhir pada jam 9.41 malam selepas tiga minggu mendapatkan rawatan.

Siti Rohani
Siti Rohani



Jenazah Muhammad Adib dibawa dari Institut Jantung Negara (IJN) ke Jabatan Forensik Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk dibedah siasat sekitar lima jam.

Allahyarham sebelum ini dilaporkan cedera parah dalam kejadian rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, 27 November lalu.

Pada 11 Disember lalu, IJN memaklumkan Muhammad Adib tidak lagi memerlukan mesin sokongan Veno-Venois Extracorporeal Membrane Oxygenation (vv-ECMO) untuk membantu pernafasannya.

Selain itu, pasukan doktor di IJN juga mengalihkan mesin sokongan jantung selepas jantungnya boleh berfungsi dengan sendiri pada awal bulan ini.

Namun, dua hari lalu, IJN dalam satu kenyataan memaklumkan keadaan kesihatannya semakin merosot dan membimbangkan.

Fungsi paru-parunya mengalami kemerosotan progresif dan menunjukkan tanda-tanda penyatuan serta pengerasan pada tisu paru-paru.

Fungsi buah pinggangnya juga bertambah buruk menyebabkan Muhammad Adib memerlukan sokongan dialisis semula.