Pensyarah Politeknik Merlimau disambung reman dua hari

Gambar suspek sebelum ini ketika kali pertama ditahan SPRM berhubung tuntutan palsu pembekalan barangan sukan di sebuah institusi pendidikan.
Gambar suspek sebelum ini ketika kali pertama ditahan SPRM berhubung tuntutan palsu pembekalan barangan sukan di sebuah institusi pendidikan.
A
A
A

MELAKA - Tempoh tahanan reman seorang pensyarah Politeknik Merlimau bagi kes tuntutan palsu disambung selama dua hari bermula esok.

Tempoh reman bagi suspek berusia 38 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Mohd Firdaus Saleh di Kompleks Mahkamah Melaka, Ayer Keroh di sini.

Penahanan reman itu dibuat bagi membolehkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap suspek mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009 bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berjumlah kira-kira RM204,344.21.

Sementara itu seorang lagi suspek yang merupakan seorang pengurus syarikat pembekal dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM3,000 tanpa cagaran dan bon mahkamah sebanyak RM47,000.

ARTIKEL BERKAITAN: Kontraktor, pensyarah direman buat tuntutan palsu RM261,000

Pada 16 Mei lalu, Mahkamah Majistret di sini membenarkan kedua-duanya direman selama tujuh hari selepas selepas mereka disyaki membuat tuntutan palsu berkaitan kerja-kerja pembekalan barang-barang keperluan latihan pasukan ragbi 2014.

Selain itu juga suspek dipercayai melakukan beberapa tuntutan palsu lain berkaitan kerja-kerja pembekalan lain kepada Politeknik Merlimau sejak 2014 hingga 2018.

Artikel Berkaitan: