'Masih lagi berkabung'

Penyanyi, Aman Nassim
Penyanyi, Aman Nassim
A
A
A

PENYANYI, Aman Nassim mengakui kerinduan terhadap arwah bapanya masih kuat.

Mengulas mengenai kehidupan Ramadan pertama sebagai suami, ternyata Aman, 30, mengakui masih tidak dapat memadam momen Ramadan ketika bersama arwah bapa meskipun sudah berumah tangga.

"Saya masih lagi berkabung sebab seminggu selepas saya diijabkabulkan bapa saya meninggal.

"Walaupun berbuka puasa dan sahur dia isteri masak dan makan bersama isteri namun dalam benak fikiran saya masih lagi ingat yang saya sudah kehilangan ayah. Mak pula dah meninggal dunia 2006. Semuanya dalam masa terdekat berlaku.

"Saya bersyukur majlis perkahwinan sudah selesai tetapi ketiadaan bapa... sudah sebulan, rindu saya terhadap arwah bapa masih lagi kuat," ujarnya.

Aman Nassim
Aman Nassim

Aman ditemui pada majlis berbuka puasa Watie Collections di Hotel Concorde, Shah Alam, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Aman turut memberitahu, acapkali membuka WhatsApp dan mencari kata kunci berbuka puasa, mesti terkeluar perbualan lama dengan arwah bapa.

Artikel Berkaitan:

"Kadang-kadang last conversation dengan ayah di WhatsApp ataupun search berbuka puasa pasti keluar perbualan saya dengan arwah.

"Saya reda, tapi itulah bapa orang paling rapat dengan saya selepas ketiadaan ibu," luahnya.

Ditanya apakah momen yang tidak dapat dilupakan ketika bulan puasa bersama arwah bapa ketika masih hidup, Aman berkata, arwah bapa tidak pernah melupakan amalan menziarahi dan membersihkan pusara keluarga.

"Momen ramadan selain selalu pergi beli kuih kegemaran macam kuih keria da kemas rumah bersama, siang kami pergi kubur arwah mak dan nenek serta yang berkaitan dengan keluarga.

"Bapa memang tak pernah tinggal amalan itu setiap kali bulan puasa," katanya kepada Sinar Harian.

Terdahulu Sinar Harian melaporkan bapa kepada pelakon Aman, Nassim Haroon, 60, telah menghembuskan nafas terakhir akibat penyakit kanser usus tahap empat di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru, Johor, pada petang 13 April 2019.