Polis tahan suspek bunuh perunding acara

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Polis menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dengan kes bunuh perunding acara yang ditemukan mati dengan kesan tikaman di bahagian dada dan perut di sebuah kondominium di Jalan Ukay Bistari, Ukay Perdana, Ampang 12 Mei lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, suspek ditahan sekitar jam 1.30 petang semalam di Pangsapuri Sri Raya, Ukay Perdana Ampang.

“Suspek berusia 25 tahun itu kini direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada 12 Mei lalu, lelaki berusia 33 tahun itu ditemukan dalam keadaan terlentang serta berlumuran darah oleh rakannya kira-kira jam 1 pagi yang kemudiannya melaporkan perkara itu kepada polis.

Artikel Berkaitan: