Datuk direman empat hari kes rasuah beli kereta perisai

No Image Caption
A
A
A

PUTRAJAYA - Seorang bekas pegawai kanan sebuah syarikat swasta bergelar Datuk ditahan reman selama empat hari mulai hari ini hingga 25 Mei.

Penahanan itu bagi membolehkan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat kes pembekalan peralatan kenderaan milik agensi pertahanan negara bernilai RM135 juta.

Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret di Putrajaya, Siti Roslizawati Mohd Zanin dan siasatan dijalankan di bawah Akta 16(a)(A) ASPRM 2009

Lelaki berusia 56 tahun itu ditahan 10.40 malam semalam ketika hadir bagi memberi keterangan sejak jam 9 pagi berkaitan kes berkenaan di ibu pejabat SPRM Putrajaya.

ARTIKEL BERKAITAN: Rasuah projek kereta perisai: SPRM reman CEO, CFO syarikat

Menurut sumber, individu tersebut bertanggungjawab menguruskan pembekalan aset berkenaan di syarikat berkenaan dan dipercayai mengetahui setiap perkara yang berkaitan kes itu.

Menurut sumber, hasil siasatan SPRM mendapati, jumlah suapan terbabit dipercayai telah diseleweng daripada peruntukan projek bernilai lebih RM 7.5 bilion daripada kerajaan.

Katanya, siasatan itu membabitkan pembekalan kereta perisai AV8 bernilai RM7.5 bilion dan kereta perisai AV4 bernilai RM155 juta.

Artikel Berkaitan:

“Suspek adalah individu kedua yang dipanggil selepas bekas ketua pegawai eksekutif di syarikat sama hadir membantu siasatan pada Isnin lalu,” katanya.

Hingga kini, SPRM sudah mengambil keterangan daripada empat individu dengan dua membabitkan ketua pegawai eksekutif dan ketua pegawai kewangan sebuah syarikat swasta tersebut. - Bernama