Pemuda bantu bersih rumah pengantin baharu

Antara sukarelawan Pemuda Umno Tenggara yang membantu membersihkan rumah Rosiah (tiga, kanan).
Antara sukarelawan Pemuda Umno Tenggara yang membantu membersihkan rumah Rosiah (tiga, kanan).
A
A
A
KOTA TINGGI - "Kalau mereka tak bantu, kami pun tak tahu bila siap kemas rumah," kata pengantin baharu, Muhamad Nazrul Mod Jalil, 26, selepas kediaman isterinya, Rosiah Abdullah, 41, di Kampung Jawa dilanda banjir kilat minggu lalu.

Menurutnya, susulan banjir yang menyebabkan separuh daripada barang persiapan majlis perkahwinan mereka rosak, turut terjejas adalah buku bagi sesi persekolahan baharu anak-anak.

Katanya, majlis perkahwinannya sepatutnya berlangsung pada Jumaat lalu, di kediaman isteri, namun terpaksa bertukar lokasi ekoran banjir.

"Bukan setakat banjir biasa tapi rumah tersebut dimasuki lumpur sekali. Jadi masa tu kami ambil keputusan untuk buat majlis kahwin di rumah kakak isteri di Taman Desa Sejahtera.

"Ekoran sibuk dengan majlis kahwin jadi kami memang tak sempat nak uruskan dan kemaskan rumah. Kami amat bersyukur kerana ada pihak yang membantu," katanya.

Dalam pada itu, Adun Panti, Hahasrin Hashim berkata, projek pembersihan itu dilaksanakan Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tenggara bersama Pusat Khidmat Wakil Rakyat Dun Panti, kelmarin.

Katanya, jutaan terima kasih kepada Pergerakan Pemuda Umno Tenggara yang membantu bagi membersihkan rumah salah seorang penduduk yang dilanda banjir di kawasan Dun berkenaan.

"Kepada semua pihak yang terlibat dalam usaha ini kita ucapkan penghargaan.

"Semoga usaha ini dapat meringankan beban pasangan pengantin baru ini. Kita mendoakan agar pasangan ini juga tabah menghadapi ujian berlaku," katanya.
Artikel Berkaitan: