Dua tahun tiada baju raya

Keluarga ini hilang tempat bergantung sejak bapa diserang penyakit stroke otak.
Keluarga ini hilang tempat bergantung sejak bapa diserang penyakit stroke otak.
A
A
A

GUA MUSANG - Sejak dua tahun lalu, tujuh beranak ini tidak pernah meraikan kemeriahan Aidilfitri selepas bapanya hilang upaya dan terlantar sakit.

Mohd Suhaimi Ismail, 53, dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh 1, di sini, disahkan menghidap strok otak dan tidak mampu menguruskan diri sendiri.

Menurut isterinya, Maznah Jusoh, 54, sebelum ini suaminya bekerja keras untuk keluarga, namun penyakit yang dihidapinya menyebabkan mereka sekeluarga dihimpit kesusahan.

“Penyakitnya bermula selepas dia mengadu sakit kepala. Tak lama kemudian, suami saya koma dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) selama hampir dua bulan.

Suhaimi tidak mampu menguruskan diri sendiri.
Suhaimi tidak mampu menguruskan diri sendiri.

“Selepas itu, otaknya mula terganggu dan sering diserang sawan. Sejak suami sakit, kami tidak mampu membayar sewa rumah RM50 selama dua tahun.

“Kami hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) berjumlah RM300 sebulan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di kediamannya.

Pasangan ini memiliki lima anak, Aiman Ishmat, 19, Atirah Ilham, 17, Mohd Irfan, 15, Amir Iqbal, 13 dan Azra Ilya, 12.

Artikel Berkaitan:

Anak sulungnya kini melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, manakala anak bongsu pula diserahkan kepada abang untuk dijaga.

Anak keduanya adalah OKU pembelajaran dan mendapat bantuan persekolahan berjumlah RM150 sebulan manakala anak ketiga menghidap penyakit leukemia.

Anak-anak ini tidak pernah memiliki pakaian raya sejak dua tahun lalu.
Anak-anak ini tidak pernah memiliki pakaian raya sejak dua tahun lalu.

“Kami hanya makan apa yang ada. Boleh dikatakan, makanan yang kami mampu hanya telur sahaja, terhad RM2 iaitu sebiji seorang setiap kali makan.

“Kami hanya merasa lauk ayam hasil sedekah dari jiran-jiran dan penduduk kampung sahaja.

“Mereka derma beras dan kelengkapan makanan untuk kami,” katanya.

Orang ramai yang ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan ke akaun milik Maznah, 03-0054100014499-9 (BSN).