NFC mungkin dijenama semula selepas pengambilalihan baru

Salahuddin (kanan) beramah mesra dengan kakitangan MOA di RTC Tunjong malam ini.
Salahuddin (kanan) beramah mesra dengan kakitangan MOA di RTC Tunjong malam ini.
A
A
A

KOTA BHARU - National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) mungkin akan dijenamakan semula selepas pengambilalihan oleh syarikat lain.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Salahuddin Ayub berkata, kementeriannya mahu isu NFC selesaikan secepat mungkin kerana ia melibatkan kepentingan awam.

Beliau berkata, pihaknya menyambut baik jika syarikat berkenaan dapat memenuhi syarat ditetapkan termasuk menyelesaikan pinjaman dengan Kementerian Kewangan bernilai RM254 juta.

Beliau harap projek NFC itu dapat diteruskan kerana objektifnya amat baik bagi membekalkan 30 peratus bekalan daging tempatan.

"Pada awal saya memasuki MOA, saya dimaklumkan ada syarikat yang memang amat berminat untuk ambil alih NFC. Ia telah diteliti dan diangkat kepada perdana menteri dan menteri kewangan. Menteri Kewangan memberi maklum balas dengan syarat NFC perlu kembalikan semula pinjaman.

"Jika semua syarat dipenuhi mereka boleh meneruskan projek NFC tetapi mungkin dengan nama lain, bukan NFC," katanya pada sidang akhbar pada majlis berbuka puasa bersama kakitangan MOA di RTC Tunjong malam ini.

Artikel Berkaitan: