Swcorp kumpul 1,725.7kg makanan tak habis dijual

Kok Yew (tengah) melancarkan Kempen Hargai Makanan Elakkan Pembaziran di Bazar Ramadan Taman Ria Sungai Petani semalam.
Kok Yew (tengah) melancarkan Kempen Hargai Makanan Elakkan Pembaziran di Bazar Ramadan Taman Ria Sungai Petani semalam.
A
A
A

SUNGAI PETANI - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (Swcorp) berjaya menyelamatkan 1,725.7 kilogram (kg) makanan dan minuman sepanjang lapan hari melaksanakan MySaveFood@Ramadan.

Exco Kerajaan Tempatan, Tan Kok Yew berkata, angka itu merupakan kajian Swcorp Kedah di Bazar Ramadan Taman Ria bermula 12 hingga 19 Mei 2019 ketika Kempen Hargai Makanan Elakkan Pembaziran.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak 803.7kg makanan dan 922kg minuman yang tidak terjual dikumpul sebelum diserahkan kepada pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kedah.

“Setiap hari makanan yang diagih dianggarkan boleh memanfaatkan antara 150 hingga 200 pelajar.

“Setiap hari seramai tujuh anggota Swcorp Kedah dan empat pekerja Environment Idaman Sdn Bhd terlibat untuk sesi pengumpulan makanan yang tak habis jual.

"Makanan itu akan ditimbang terlebih dahulu, diperiksa tahap kebersihan dan dipek semula sebelum disalurkan kepada UiTM,” katanya ketika melancarkan Kempen Hargai Makanan Elakkan Pembaziran di Bazar Ramadan Taman Ria Sungai Petani.

Menurutnya, proses pengagihan selesai kira-kira jam 9.30 malam.

“Kempen yang bermula 12 hingga 25 Mei ini diharapkan dapat mengurangkan pembaziran makanan," katanya.

Artikel Berkaitan: