Debat Kit Siang vs Najib sedang diatur rapi

155577
A
A

KUALA LUMPUR – Perjalanan debat antara veteran DAP, Lim Kit Siang dan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang dijadual lepas raya nanti sedang disusun rapi.

Malah, Kit Siang memberikan maklum balas segera terhadap syarat yang dikenakan oleh Najib berhubung topik pengisian debat berkenaan.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri berkata, beliau tiada masalah jika topik lain turut dimasukkan tetapi subjek debat perlu dikekalkan.

"Saya tiada bantahan untuk membincangkan topik lain, tetapi subjek debat tidak boleh diubah dan perlu diuar-uarkan dengan jelas sebagai 'bagaimana Malaysia menjadi kleptokrasi global dan bagaimana kita dapat menjadi contoh negara berintegriti'.

“Saya juga telah melantik setiausaha politik saya, Syahredzan Johan dan pegawai Parlimen, Ahmad Faiz Mustafa, untuk berhubung dengan pegawai Najib untuk memuktamadkan perincian debat selepas Hari Raya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Najib setuju tajuk debat kleptokrasi Kit Siang

Kit Siang sambut cabaran Najib tapi mahu isu kleptokrasi

Sebelum itu, Najib berkata beliau sedia berdebat dengan Kit Siang yang menurutnya sentiasa menulis kenyataan media berkenaannya.

"Sekiranya dia (Kit Siang) cukup lapang untuk menulis pelbagai kenyataan setiap hari, dia sepatutnya lapang untuk berdebat,” katanya.

Veteran DAP itu juga menyatakan beliau hanya "berminat" terhadap Najib kerana bekas Perdana Menteri itu telah membawa kerosakan besar buat negara dengan legasi kleptokrasinya.

Dalam pada itu Najib mencadangkan debat tersebut diadakan selepas sambutan Hari Raya Aidil Fitri dan disiarkan secara langsung di televisyen untuk tontonan rakyat.


Bermula dengan hanya RM5 anda telah menyokong Berita Fakta dan Komprehensif kami, sokong berita kami.
Terima Kasih Rakyat Malaysia