Terengganu umum bonus raya RM400

DR AHMAD SAMSURI MOKHTAR
A
A

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu mengumumkan pemberian bonus sempena Aidilfitri berjumlah RM400 kepada 12,700 penjawat awam di negeri ini.

Menteri Besar, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, bayaran itu akan dibuat bersama gaji akhir bulan ini, iaitu beberapa hari sebelum Aidilfitri.

“Bayaran bonus ini melibatkan kakitangan awam dari Gred 54 ke bawah dengan peruntukan berjumlah RM5.1 juta.

“Saya ingin ambil kesempatan ini untuk mengumumkan pemberian bonus kepada semua kakitangan awam di Terengganu iaitu seramai 12,700 orang yang akan terima RM400,” katanya selepas merasmikan program Beyond The Moon: 50th Anniversary Of Moon Landing di Pusat Sains & Kreativiti Terengganu (PSKT) di sini hari ini.

Jelasnya, semua kakitangan awam gred dari gred 54 ke bawah akan terima bonus berkenaan ketika gaji akhir bulan ini, iaitu sebelum Aidilfitri.

Bayaran bonus itu katanya, akan melibatkan semua kakitangan sama ada kontrak atau tetap.