Kuota matrikulasi itu keputusan Kabinet: Mujahid

Mujahid
Mujahid
A
A
A

PUTRAJAYA – Kuota matrikulasi untuk mengekalkan nisbah 90 peratus untuk Bumiputera dan 10 peratus kepada bukan Bumiputera yang diumumkan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik adalah keputusan Kabinet.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof menyatakan sokongan penuh kepada kenyataan Menteri Pendidikan itu kerana ia selaras dengan keputusan Kabinet.

“Saya menyokong penuh kenyataan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik berhubung kuota pelajar ke kolej matrikulasi kerana ia selaras dengan keputusan Kabinet yang memutuskan agar kuota pengambilan pelajar ke program kolej matrikulasi dikekalkan iaitu 90 peratus untuk Bumiputera dan 10 peratus kepada bukan Bumiputera.

“Untuk makluman, Kabinet juga bersetuju dengan mengekalkan kuota ini, keutamaan akan diberi kepada pelajar daripada keluarga berpendapatan B40 dan ia turut melibatkan pelajar bukan Bumiputera,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, hari ini.

Sementara itu, Mujahid menjelaskan bahawa, kenyataan Maszlee berhubung isu kuota pelajar matrikulasi hanyalah mempertahankan keputusan yang telah diputuskan Kabinet.

“Keputusan untuk mengekalkan kuota tersebut itu juga bersesuaian dengan visi asal program matrikulasi diadakan iaitu bagi menggalakkan pelajar Bumiputera melanjutkan pelajaran dalam bidang sains.

“Sehubungan dengan itu, saya berharap agar semua pihak berhenti untuk mengeluarkan sebarang kenyataan berkaitan isu kuota pelajar di kolej matrikulasi ini agar menghormati keputusan yang telah ditetapkan Kabinet,” kata beliau.

Artikel Berkaitan: