Saya tak pernah cakap rumah tangga bermasalah: Sharnaaz

Pelakon, Sharnaaz Ahmad
Pelakon, Sharnaaz Ahmad
A
A
A

PELAKON, Sharnaaz memberitahu dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung isu rumah tangga seperti mana khabar angin mendakwa mengalami permasalahan sejak Februari lalu.

Pun begitu, Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad atau lebih dikenali Sharnaaz, 34, mengakui mereka sedang dalam fasa pemulihan.

"Saya mana pernah cakap fasal rumah tangga saya bermasalah. Apa yang boleh saya katakan di sini ialah hubungan kami dalam proses pemulihan.

"Cuma keutamaan saya sekarang ini pada Jebat, sebab dia sedang menjalani rawatan disebabkan mengalami jangkitan saluran kencing sejak beberapa bulan lalu," katanya sebagaimana dilaporkan mStar Online.

Dalam pada itu, Sharnaaz reda dengan takdir Tuhan dan menyifatkan hal yang terjadi ini sebagai penguat ikatan suami isteri.

"Saya reda dan terima apa yang ALLAH dah aturkan. Mungkin keadaan ini adalah pengikat hubungan saya bersama isteri.

"Saya dan isteri sama-sama kena belajar sebab kami tak sempurna.

"Saya cuma nak jadi suami dan begitu juga dia nak jadi isteri tetapi tak tahu kesudahan yang macam mana," katanya.

Artikel Berkaitan:

Sharnaaz dan isteri, Noor Nabila Mohd Noor mendirikan rumah tangga pada 31 Mac 2017 dan mereka dikurniakan anak lelaki pada 30 Ogos tahun lalu.