Tak serik hisap dadah dijel 5 tahun, satu rotan

Mohd Hafiz dihukum lima tahun penjara dan dikenakan satu sebatan selepas mengaku salah mengulangi kesalahan menyalahgunakan dadah buat kali ketiga.
Mohd Hafiz dihukum lima tahun penjara dan dikenakan satu sebatan selepas mengaku salah mengulangi kesalahan menyalahgunakan dadah buat kali ketiga.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Penagih tegar yang tidak serik menghisap dadah dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini.

Keputusan dibuat selepas tertuduh, Mohd Hafiz Mamat, 38, dari Kuala Terengganu yang memiliki dua rekod jenayah lampau penyalahgunaan dadah mengaku bersalah mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39C (1) akta sama.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang bekerja sebagai buruh didakwa menyalahgunakan dadah jenis Methamphetamine dengan memasukkan ke dalam badannya sendiri yang menjadi kesalahan kali ketiga pernah dilakukan.

Mohd Hafiz mengaku salah melakukan kesalahan itu di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, kira-kira jam 2.40 pagi, pada 30 Mac 2019.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Lishantini A/p Munusamy di hadapan Hakim Wan Azimah Yaacob manakala tertuduh tidak diwakili peguambela.

Artikel Berkaitan: