X

Kindly register in order to view this article
!

Perlukah anak mengqada puasa ibu bapa yang telah meninggal dunia?

Waris atau anak tidak wajib mengqada puasa ibu bapanya yang telah meninggal dunia sekiranya si mati tidak mengqada puasanya kerana uzur yang berterusan dan tiada ruang yang memungkinkannya menggantikan puasa itu sehingga dia meninggal dunia. -GAMBAR HIASAN.
A
A

BERPUASA pada bulan Ramadan ialah ibadah yang wajib ditunaikan oleh semua umat Islam kerana ia merupakan perintah ALLAH SWT.

Meskipun begitu, ada keringanan atau rukhsah diberikan kepada mereka yang tidak mampu menunaikannya seperti orang sakit, wanita dalam pantang dan musafir.

Bagaimana pula jika ada ibu bapa yang meninggal dunia tanpa sempat individu itu menggantikan puasa yang ditinggalkannya?

Adakah anak atau warisnya perlu mengqada puasa ibu bapanya?

Menjawab persoalan itu, sekiranya si mati tidak mengqada puasanya kerana uzur yang berterusan dan tiada ruang yang memungkinkannya menggantikan puasa itu seperti sakit, musafir, nifas, hamil dan uzur itu berterusan sehingga meninggal dunia, maka, tidak wajib warisnya mengqada puasa atau membayar fidyah untuknya.

Bagaimanapun, jika si mati berkemungkinan boleh qada puasa yang ditinggalkan dan ada ruang untuknya berbuat demikan, tetapi ia tidak melakukannya kerana uzur atau sengaja sehinggalah dia meninggal dunia, wali atau warisnya boleh memilih sama ada mengqada puasa yang ditinggalkan oleh si mati atau membayar fidyah.

Kadar fidyah ialah satu cupak beras bagi satu hari puasa yang ditinggalkan.

(Sumber: Portal Rasmi Kemusykilan Agama, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia)


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus