Terima kasih KJ, Rafizi kata Izzah

A
A
A
SHAH ALAM - Tumpuan hari ini diberikan kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar selepas mengumumkan peletakan jawatan dalam parti secara mengejut.

Keputusan beliau itu disambut dengan pelbagai respons daripada rakan dan lawannya.

Nurul Izzah melalui Twitter mengucapkan terima kasih kepada Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan rakan seperjuangannya, Rafizi Ramli atas sokongan diberikan.

"Terima kasih YB Khairy. Saudara menjadi inspirasi sejak 2008 lagi.

"Tak boleh bayangkan politik Malaysia tanpa saudara. Sokongan saya untuk saudara walaupun sekadar ahli Parlimen sekarang," tulisnya.

Sebelumnya, Khairy melahirkan keyakinan Nurul Izzah akan kembali ke barisan hadapan arena politik negara.

Sementara itu, Nurul Izzah turut memberi respons kepada Rafizi atas kenyataan dibuat berhubung tindakannya itu.

"Terima kasih teman seperjuangan, Rafizi Ramli. Walau saudara tidak berjaya dalam pemilihan parti, saudara telah berjaya meyakinkan saya bahawa pilihan terbaik adalah mendukung saudara selaku calon Timbalan (Presiden PKR).

"Semoga ALLAH lindungi idealisme perjuangan kita bersama. Mara terus," katanya.
Artikel Berkaitan:


Rafizi berkata, beliau menghormati keputusan dibuat Nurul Izzah dengan meletak jawatan sebagai Naib Presiden PKR dan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Pulau Pinang.