Bangkit semula selepas gagal

Ameruddin bersama jam tangan keluaran syarikatnya.
Ameruddin bersama jam tangan keluaran syarikatnya.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Beliau bukan datang dari golongan berharta jauh sekali keluarga yang kaya-raya.

Anak kelahiran Bukit Mertajam, Pulau Pinang berusia 49 tahun ini pernah jadi budak kilang sebelum syarikat tempatnya mencari makan selama bertahun-tahun itu ditutup kerana krisis ekonomi negara pada tahun 1997.

Pengedar di Johor.
Pengedar di Johor.

Hampir beberapa bulan menganggur mencari pekerjaan memaksanya menjadi tukang cuci pinggan di sebuah restoran di Pantai Seagates, Pulau Pinang.

Dia cuba membina kembali kehidupannya namun disebabkan desakan hidup ketika itu, mahligai perkahwinan yang dibinanya sejak berusia 24 tahun terpaksa dikorbankan.

Bermula detik itu, Ameruddin Mohamed atau lebih dikenali sebagai DJ Amer ketika itu mengutip sisa kudrat yang ada untuk bangun semula bagi membuktikan bahawa tiada yang mustahil di atas muka bumi ini jika kita tidak mencubanya.

Setiap hari dia tidak kisah berjalan kaki ke restoran tempatnya bekerja sejauh tiga kilometer kerana ketiadaan kenderaan sehinggalah dia dapat membeli sebuah motosikal.

Artikel Berkaitan:

Ameruddin bersama pelanggan dan ahli di Johor.
Ameruddin bersama pelanggan dan ahli di Johor.

Menurut Ameruddin, apa yang paling penting ketika itu ialah dia ada kerja. Mana tidaknya selepas berjalan kaki dari bilik sewa ke tempat kerja, dia terpaksa mandi semula untuk menyegarkan badan kerana sudah berpeluh-peluh.

Itu antara secebis pengalaman yang dikongsikan Pengarah Urusan Time To Success, Ameruddin Mohamed kepada Sinar Harian baru-baru ini.

Katanya, bukan mudah nak jadi tukang cuci pinggan, pelayan dan juga DJ restoran dalam satu-satu masa tanpa ada kecekalan kerana di situlah bermulanya beliau belajar seelok-belok dunia perniagaan yang ada pasang dan surutnya.

Menurut Amer dia seorang yang pemalu, jadi kerjaya sebagai DJ sambilan di restoran itu sedikit sebanyak dapat membantunya memberanikan diri bercakap di khalayak.

“Ada hikmahnya begitu juga dengan kerja tukang cuci pinggan dan pelayan restoran semua ada perkara yang boleh kita belajar darinya,” katanya.

Aktiviti Time To Success di Johor.
Aktiviti Time To Success di Johor.

Jam terapi

Menurut Amer dia pernah menjual kopi secara sambilan sebelum mengumpul modal untuk membolehkannya membuka sebuah restoran di Kluang Johor.

Meskipun perniagaan restorannya itu agak berjaya namun dia masih tercari-cari sesuatu perniagaan yang boleh membantu orang lain juga.

Dia kemudian ke Jepun untuk mempelajari tentang scalar energy yang kemudiannya timbul idea untuk memperkenalkan jam terapi.

“Formula pada jam itu adalah hasil kajian saya sendiri di mana ia mampu membantu meningkatkan kesihatan rohani dan jasmani,” katanya.

Pengedar bersemangat sebelum memulakan tugas.
Pengedar bersemangat sebelum memulakan tugas.

Menurutnya, Scalar Energy adalah hasil daripada proses pemanasan, pembakaran batu lahar gunung berapi selama jutaan tahun.

“Tenaga ini unik di mana ia akan cepat bertindak balas ke atas aura-aura dan tenaga yang berada pada tahap tidak seimbang di atas permukaan bumi terutamanya terhadap unsur-unsur yang ada di dalam tubuh badan manusia.

“Alhamdulillah, niat saya itu dimakbulkan ALLAH, sejak saya pasarkan jam ini sejak tahun 2015 hingga sekarang sambutan yang diberi amat mengalakkan,” katanya.

Pengedar di Kuala Lumpur dan Selangor.
Pengedar di Kuala Lumpur dan Selangor.

Akui Amer dia pernah beberapa kali kerugian ditipu dan sebagainya ketika mula mahu memperkenalkan jam berkenaan.

“Saya masih belajar lagi dalam dunia keusahawanan ini, jadi selepas apa yang berlaku perkara itu saya anggap sebagai satu proses pembelajaran untuk berwaspada pada masa akan datang,” katanya.

Bukan senang nak senang, setiap masa kena belajar baru ada peningkatan dalam hidup. “Kena ada keyakinan untuk usaha kerana jatuh bangun perniagaan itu bergantung pada diri kita. Belajarlah dari mereka yang berpengalaman,” katanya.