NFCorp akan bayar baki pinjaman kepada kerajaan

No Image Caption
A
A
A

1. SAYA merujuk kepada kenyataan akhbar Kementerian Kewangan Malaysia bertarikh Mei 20 2019 berkenaan penyelesaian pinjaman NFCorp yang masih tertunggak.

2. Saya ingin mengambil peluang ini untuk menyahut baik kenyataan akhbar di atas.

3. Alhamdulillah, sejak Oktober 25, 2018, pihak NFCorp sudahpun mempunyai pembeli baru yang bersedia dan bersetuju untuk membayar balik baki pinjaman NFCorp sepenuhnya dalam masa tiga bulan daripada persetujuaan pihak kerajaan untuk penstrukturan semula NFCorp. Pihak NFCorp masih menunggu persetujuaan daripada pihak kerajaan.

4. Pihak pembeli baru syarikat NFCorp sudahpun bersetuju untuk mengangkat penuh tanggungan liabiliti pinjaman asal NFCorp dan bersedia untuk membuat pembayaran penuh “Full Redemption” terhadap jumlah baki pinjaman sebenar daripada pihak kerajaan. Hasrat ini telahpun dimaklumkan kepada YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia melalui surat bertarikh November 21, 2018.

5. Pihak pembeli baru juga telah memaklumkan kepada pihak kerajaan kesanggupan dan keyakinan mereka untuk memulihkan dan menstrukturkan semula syarikat NFCorp, termasuk pembayaran penuh baki pinjaman dengan kerajaan.

6. Pihak pembeli baru dan pihak kerajaan, khususnya Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, telahpun berbincang dan mengatur perancangan untuk pemulihan semula projek ini demi mencapai matlamat Keselamatan Makanan Negara, terutamanya dalam isu pengeluaran makanan yang terjamin Halal.

7. Saya percaya bahawa kenyataan akhbar Kementerian Kewangan Malaysia ini adalah susulan daripada surat bertarikh Mei 17 2019 yang dihantar oleh pihak pembeli baru kepada Kementerian Kewangan Malaysia untuk membayar balik pembayaran penuh “Full Redemption”.

8. Saya yakin bahawa, di bawah kepimpinan YAB Tun Dr Mahathir bin Mohamad, isu ini akan diselesaikan secara terbaik di mana pihak NFCorp akan membayar balik baki tertunggak pinjaman kepada pihak kerajaan, dan projek yang penuh dengan potensi ini akan dibangunkan semula oleh pihak kerajaan dan pihak pembeli baru syarikat NFCorp.

Artikel Berkaitan:

*Pengerusi, National Feedlot Corporation Sdn Bhd, Datuk Sri Mohamad Salleh