Jersi terbaharu Liverpool kini di Alor Setar

Penyokong Liverpool FC di Kedah dan Perlis yang dikenali Liverbird Kedah Perlis (LKP) antara kelompok awal yang tidak ketinggalan hadir pada jelajah promosi kit pasukan Liverpool FC 2019/2020 di Football Republic Alor Setar. FOTO: KHAIRIL AJHAR
Penyokong Liverpool FC di Kedah dan Perlis yang dikenali Liverbird Kedah Perlis (LKP) antara kelompok awal yang tidak ketinggalan hadir pada jelajah promosi kit pasukan Liverpool FC 2019/2020 di Football Republic Alor Setar. FOTO: KHAIRIL AJHAR
A
A
A

PENYOKONG pasukan bola sepak Liga Inggeris, Liverpool FC yang tinggal di Kedah kini boleh mendapatkan jersi dan kelengkapan pasukan tersebut bagi 2019/2020 di Football Republic Alor Setar di Jalan Pegawai di sini.

Pengurus Pemasaran Sukan Al Ikhsan, Abdullah Mohd Arshad berkata, Football Republic itu merupakan kedai tunggal berkonsepkan konsep Al Ikhsan di utara tanah air dan menjadi destinasi terakhir jelajah promosi kit pasukan Liverpool FC sempena musim baharu Liga Bolasepak Inggeris.

Menurutnya, Alor Setar adalah destinasi terakhir jelajah tersebut selepas pelancarannya di Sunway Pyramid di Selangor diikuti Johor Bahru, Kuantan dan Kuala Terengganu.

"Pelancaran di Alor Setar melengkapkan “roadshow” ke lima negeri seluruh Malaysia sebelum ini dan pelanggan terutamanya penyokong-penyokong Liverpool FC terutamanya boleh mendapatkannya di 27 rangkaian Al-Ikhsan di seluruh negara," katanya dalam satu kenyataan.

Abdullah berkata, kit terbaharu itu adalah diilhamkan sempena kegemilangan pengurus kelab yang paling berjaya, Bob Paisley yang memimpin kelab tersebut pada tahun 1982/1983 selain memperingati ulang tahun ke-100 kelahirannya.

Pada pelancaran tersebut, puluhan peminat pasukan Liverpool FC dari Kedah yang lebih dikenali sebagai Liverbird Kedah Perlis (LKP) turut hadir memberikan sokongan selain tidak ketinggalan membeli kit dan barangan terbaru pasukan tersebut.

Seorang peminat Liverpool yang juga bekas pemain Kedah, Amirul Nizam Mahadzhir berkata, beliau menghargai usaha pihak AL Ikhsan dan Football Republic kerana membawa jenama Liverpool FC ke negeri jelapang padi bagi memudahkan peminat sepertinya mendapatlkan barangan kelab kesayangannya itu.

Artikel Berkaitan: