'Main' telefon sampai terlanggar palang tol

Akibat rempuhan itu, palang tol berkenaan tidak patah sebaliknya melentur sehingga masuk ke bahagian dalam kereta melalui tingkap sebelah pemandu.
Akibat rempuhan itu, palang tol berkenaan tidak patah sebaliknya melentur sehingga masuk ke bahagian dalam kereta melalui tingkap sebelah pemandu.
A
A
A

KEPALA BATAS - Seorang lelaki merempuh palang di Tol Sungai Dua, Lebuh Raya Utara Selatan arah utara di sini semalam selepas dipercayai leka bermain telefon bimbit.

Dalam kejadian jam 7.50 pagi itu, pemandu kenderaan jenis Toyota Vios berusia 26 tahun dikatakan tidak berhenti di pondok tol berkenaan dan merempuh palang tol berkenaan.

Akibat rempuhan itu palang tol berkenaan tidak patah sebaliknya melentur sehingga masuk ke bahagian dalam kereta melalui tingkap sebelah pemandu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan.

Menurutnya, pemandu kenderaan berkenaan tidak mengalami sebarang kecederaan dan disebabkan kelekaan semasa memandu kenderaan dia telah disaman atas kesalahan berkenaan.

"Saman telah dikeluarkan mengikut Rule 10 seperti yang termaktub dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 selepas dia didapati leka dan gagal mengawal kenderaan," katanya.

Artikel Berkaitan: