Itu gambar lama: Jaheaik

Jaheaik memaklumkan gambar operasi penguat kuasa mengeluarkan notis kepada seorang wanita sehingga tular di laman sosial, merupakan gambar lama.
Jaheaik memaklumkan gambar operasi penguat kuasa mengeluarkan notis kepada seorang wanita sehingga tular di laman sosial, merupakan gambar lama.
A
A
A

KOTA BHARU - Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (Jaheaik) memaklumkan gambar operasi penguat kuasa mengeluarkan notis kepada seorang wanita sehingga tular di laman sosial, merupakan gambar lama.

Ketua Penolong Pengarah (Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah) Jaheaik Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata, wanita berkenaan diberi notis kerana didapati melakukan kesalahan berpakaian tidak sopan.

Menurutnya, antara klasifikasi berpakaian tidak sopan ialah seperti memakai baju berlengan pendek, berseluar ketat atau membentuk tubuh.

"Berkaitan operasi yang sama, kita buat operasi itu secara berkala, minggu lalu sahaja, Jaheaik mengeluarkan notis kepada 50 penduduk negeri ini kerana didapati melakukan kesalahan berkenaan.

"Seorang daripadanya pula diminta hadir di mahkamah kerana melakukan kesalahan perbuatan tidak sopan," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Mohd Fadzuli berkata, seramai 39 wanita pula diberi notis hadir sesi khidmat nasihat kerana berpakaian tidak sopan manakala dua lagi diberi notis yang sama kerana tidak berpuasa.

Beliau berkata, sekiranya mereka gagal menghadirikan diri, tindakan mahkamah akan dikenakan.

Seramai lapan penduduk yang lain pula katanya, diberi amaran lisan agar tidak mengulangi kesalahan serta berpakaian sopan ketika di tempat umum.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, Jaheaik sentiasa menasihati pengunjung supaya memakai pakaian sopan ketika berada di bazar Ramadan, kedai makan, bank dan pusat beli-belah.

"Kami sentiasa menjalankan operasi sempena Ramadan melibatkan 70 penguat kuasa dari pelbagai agensi seperti Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandar Raya Islam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

"Operasi sama akan dijalankan sepanjang Ramadan ini bagi memastikan orang ramai mematuhi peraturan ditetapkan," katanya hari ini.