Pengerusi DAP Jerantut ditahan

Laporan polis yang tular di laman sosial hari ini.
Laporan polis yang tular di laman sosial hari ini.
A
A
A

KUANTAN - Pengerusi DAP Jerantut, Loo Why Leong ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kes ugutan jenayah terhadap Ketua Polis Daerah Jerantut, Superintendan Mazlan Hassan.

Penahanan pemimpin itu disahkan Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Mohd Zakaria Ahmad ketika dihubungi media hari ini.

Mohd Zakaria berkata, Why Leong ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jerantut kira-kira jam 3 petang selepas dipanggil memberi keterangan.

"Pemimpin DAP itu ditahan untuk siasatan berhubung ugutan terhadap Mazlan menerusi aplikasi WhatsApp, baru-baru ini.

"Beliau dibebaskan dengan jaminan polis selepas selesai direkodkan keterangannya,” katanya.

Difahamkan, Mazlan membuat laporan polis terhadap Why Leong Jumaat lalu selepas menerima mesej berbaur ugutan dipercayai berpunca daripada operasi pegawai dan polis membabitkan penjualan minuman keras tanpa lesen di daerah berkenaan.

Mohd Zakaria berkata, pihaknya turut merampas telefon bimbit bagi tujuan melengkapkan siasatan.

"Siasatan secara adil dan profesional akan dilakukan dan orang ramai diminta tidak membuat sebarang spekulasi hingga boleh mengganggu siasatan," katanya.

Artikel Berkaitan: