Malaysia rayu tambahan 10,000 kuota haji daripada Arab Saudi

Mujahid (dua dari kiri) menyaksikan upacara penyerahan cek replika sumbangan dana pembelian sebuah van untuk kegunaan Rumah Tasawur Islam Simpang Empat Semanggol oleh Haris Fadzilah (tiga dari kiri) kepada Ahmad (kiri).
Mujahid (dua dari kiri) menyaksikan upacara penyerahan cek replika sumbangan dana pembelian sebuah van untuk kegunaan Rumah Tasawur Islam Simpang Empat Semanggol oleh Haris Fadzilah (tiga dari kiri) kepada Ahmad (kiri).
A
A
A

SELINSING - Kerajaan Malaysia bersedia mengemukakan rayuan penambahan 10,000 kuota haji yang diberikan kerajaan Arab Saudi sebelum ini bagi mengurangkan kadar menunggu haji dalam kalangan pendeposit Tabung Haji.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, ketika ini surat rayuan penambahan kuota haji itu sudah diserahkan dan ditandatangani Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad minggu lalu.

Menurutnya, surat rayuan itu akan diproses pihaknya untuk diberikan kepada Raja Arab Saudi bagi meneliti rayuan dikemukakan pemimpin tertinggi negara ini sendiri iaitu Perdana Menteri.

"Cuma saya menegaskan tuduhan liar kononnya kuota tambahan haji berjumlah 10,000 orang daripada kerajaan Arab Saudi kepada Malaysia ditarik balik disebabkan kerajaan PH mempunyai masalah hubungan negara Arab itu adalah pembohongan.

"Sebenarnya peruntukan kuota tambahan haji 10,000 orang betul-betul berasaskan budi bicara kerajaan Arab Saudi dan pernah masa pemerintahan kerajaan dahulu tidak diberikan kuota itu," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan sumbangan dana pembelian van bernilai RM65,000 kepada Rumah Tasawwur Islam Simpang Empat Semanggol di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan FGV, Datuk Haris Fadzilah Hassan dan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Perak (Pkaytip), Datuk Seri Ahmad Awang.

Mujahid berkata, kelulusan penambahan kuota haji 10,000 orang itu akan memastikan lebih banyak pendeposit Tabung Haji (TH) yang layak untuk pergi haji sekali gus mengurangkan kadar menunggu haji.

Artikel Berkaitan:

"Pada ketika ini, jumlah daftar haji melibatkan umat Islam negara ini adalah sebanyak 3 juta orang, namun yang layak setiap tahun hanya 32,000 orang dengan kadar penantian 100 tahun.

"Justeru, TH sedang melaksanakan kajian penstrukturan semula operasi haji di mana ianya akan ditambah baik dengan mengkaji semula kadar menunggu haji yang panjang, had kelayakan umur daftar haji dan had deposit wang untuk layak daftar haji," katanya.

Menurutnya, pengstrukturan semula operasi haji akan dinilai semula melalui satu kajian termasuk kos pengurusan jemaah haji Malaysia di Arab Saudi sendiri.