Anak ikan Yu seberat 4kg gegarkan Sungai Tendong

Tengku Rosdi menunjukkan anak ikan Yu seberat empat kilogram yang tersangkut pada pukatnya.
Tengku Rosdi menunjukkan anak ikan Yu seberat empat kilogram yang tersangkut pada pukatnya.
A
A
A

PASIR MAS - Rezeki Ramadan buat seorang penduduk apabila seekor anak ikan Yu seberat empat kilogram tersangkut pada pukat miliknya yang ditahan di Sungai Kelantan berhampiran Kampung Tepi Sungai Tendong, di sini hari ini.

Hasil tangkapan itu disedari oleh Tengku Rosdi Tengku Ismail, 52, apabila mahu mengangkat pukat yang ditahannya itu pada jam 3 petang tadi.

Tengku Rosdi berkata, dia hampir tidak percaya apabila melihat ikan spesis air masin itu boleh tersangkut pada pukat yang ditahannya itu.

"Sebelum ini pernah dapat ikan spesis air masin seperti anak cencaru, anak gelama dan selagit.

"Tapi untuk ikan Yu ni kali pertama saya dapat rezeki terpijak," katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, ikan Yu tersebut telah diagihkan kepada ahli keluarga untuk dinikmati bersama sebagai juadah berbuka puasa.

Katanya, dia bercadang untuk memasak hasil tangkapan itu dengan gulai kuning bersama daun kesum.

Tengku Rosdi berkata, menahan pukat merupakan kerja sampingan yang dilakukan untuk memenuhi masa lapang.

Artikel Berkaitan:

Katanya, kebiasaan dia hanya memperoleh ikan sungai seperti baung, kakap dan banyak lagi.